Friday, September 11, 2009

BERITA HIBURAN


AJL24 bawa tema ‘Music Unfolds’

Malam mendebarkan bagi penggiat industri muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24), bakal menjelma tidak lama lagi. Sebanyak 14 lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanah air bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara AJL24 kali ini, segala-galanya bakal terjawab pada 10 Januari 2010 nanti!

Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, AJL24 akan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9 malam hingga 11.30 malam.

Sebanyak 14 lagu oleh 13 artis popular solo dan berkumpulan bakal berentap mempamerkan kehebatan vokal masing-masing dengan mengalunkan lagu-lagu ciptaan komposer masing-masing yang mana kali ini bebas daripada spesifikasi dan tanpa kategori, Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Saban tahun, anugerah yang gilang-gemilang ini sentiasa menampilkan pelbagai tema yang pastinya akan menarik perhatian umum. Jika tahun lalu AJL memilih tema Iluminasi, namun kali ini tema Music Unfolds pula dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini.

Pada malam kemuncak itu nanti, AJL24 diselang-selikan penggunaan grafik dan imej disusuli alunan muzik dan persembahan yang pastinya memberi impak persembahan semua finalis dan keseluruhan perjalanan program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Sri Farid Ridzuan berkata, setelah lebih dua dekad penganjuran, AJL terus mendapat perharian dan kemunculannya dinantikan seluruh peminat muzik tanah air.

“Selain memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik tanah air, AJL juga pencetus perubahan dalam evolusi muzik tanah air.

"Tahun ini, dengan menampilkan gabungan komposer hebat lagi berbakat bersama-sama artis solo dan kumpulan indie yang sedang meningkat, saya percaya AJL kali ini bakal memberi satu lagi dimensi baru dalam industri muzik tanah air dan kami menjanjikan yang terbaik pada malam berkenaan bagi memastikan AJL 24 sebagai acara yang akan dikenang sehingga bila-bila pun,” katanya.

Untuk sekian kalinya, malam kemuncak AJL akan menggandingkan pengacara popular, Cherry Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang pastinya akan merancakkan lagi majlis gilang-gemilang itu.

Tidak lengkap majlis anugerah ini sekiranya tanpa acara Red Carpet sebagai pembuka tirai yang menampilkan artis popular tanah seawal jam 7.30 malam. Sebelum itu, bagi peminat yang ingin menyertai kemeriahan AJL24, bolehlah berkunjung ke Stadium Bukit Jalil di sebelah petang kerana banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger