Tuesday, February 23, 2010

MAULIDUR RASUL.....CINTA KITA DI MANA???

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:”Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”

As-Sirri As Saqati berkata: “Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”

Thursday, February 11, 2010

TERIMA KASIH SAHABATKU.....

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA PERTAMA SEKALI KEPADA DJ ZEKRI@PAK CIK ZEKRI SEKELUARGA, TAK LUPA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAHABAT HANDAI DAN SAUDARA MARA YANG BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KU UNTUK TERUS TABAH DENGAN APA YANG TERJADI,AKU MENHARGAI SOKONGAN KALIAN... SUSAH SENANG KITA BERSAMA,AIR DI CINCANG TIDAK AKAN PUTUS... AGAR TALI PERSABATAN BERPANJANGAN MENJALINKAN IKATAN UKHWAH.

Tuesday, February 9, 2010

DEMI ANAK...AKU TERPAKSA CUTI EMERGENCY.


HARI INI 8.2.2010. SEPERTI BIASA SETIAP ISNIN -SABTU JAM 7.00MALAM AKU AKAN KE UDARA DI STATION RADIO MANISFM.ITULAH RUTIN HARIAN TUGASKU SEBAGAI JURUHEBAH. LEBIH KURANG JAM 6.00PETANG HATI KU BAGAIKAN ADA SESUATU YANG MEMBUATKAN AKU DI LENGAHKAN UNTUK KE TEMPAT KERJA.
DUA HARI LEPAS AKU TELAH PUN MEMBAWA PUTRIKU NUR AMALIN NATASYHA KE KLINIK UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KERANA PUTRIKU DEMAM, DI SEBUAH KLINIK SWASTA DI KOTA BHARU. SEPERTI BIASA SEBELUM AKU KELUAR UNTUK KE TEMPAT KERJA AKU MENCIUM PIPI PUTRIKU.SEBAIK AKU MELANGKAH UNTUK KELUAR DARI RUMAH,TIBA-TIBA PUTRIKU MUNTAH TIDAK BERHENTI,MANAKALA SUHU BADAN BERTAMBAH DAN TERAMAT PANAS...PUTRIKU TIBA-TIBA TIDAK BERMAYA...TANPA BERLENGAH AKU PUN MEMBAWA PUTRIKU KE KLINIK SWASTA UNTUK MENERIMA RAWATAN.SEMASA BERADA DI BILIK RAWATAN,TIBA-TIBA HATIKU BEGITU SEBAK BILA DOKTOR MEMAKLUMKAN PUTRIKU DI JANGKITI PARU-PARU BERAIR.TANPA KU SEDAR AIR MATAKU MULA MENGALIR MEMBASAHI PIPIKU...DOKTOR MEMBERI SURAT KEPADA AKU UNTUK MERUJUK KE HOSPITAL.
TANPA BERLENGAH AKU TERUS KE HOSPITAL KOTA BHARU..SELEPAS MENERIMA RAWATAN PUTRIKU DAH KEMBALI PULIH.... AKU BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T. PUTRIKU PUN DAH SEMAKIN PULIH DAN DI BENARKAN UNTUK DI BAWA BALIK KERUMAH. TERIMA KASIH KEPADA PENERBIT EN NIZAM KERANA MEMBENARKAN DIRIKU CUTI EMERGENCY DAN KEPADA DJ IWAN SLUMBER YANG TERPAKSA GANTI TUGASKU,JASA BAIK KALIAN TIDAK DAPAT KU BALAS HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS NYA SUATU HARI NANTI..MUNGKIN INI ADALAH DUGAAN YANG ALLAH INGIN MENGUJI UMATNYA,APAPUN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

Saturday, February 6, 2010

LAHIRNYA STATION RADIO MANIS.FM DI PANTAI TIMUR


TAN SRI DATO’ HUSSEIN AHMED ialah insan di belakang MANIS FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran, Tan Sri ialah tenaga dan pemikir di sebalik tiap gerak kerja stesen ini. Pandangan jauh dan visinya telah membawa ‘bayi penyiaran’ ini menjangkau zaman dewasa dalam satu jangkamasa yang menakjubkan.

Insan pemurah dan berhati mulia ini, dengan gayanya sendiri, telah membawa stesen radio MANIS FM melalui liku-liku hidup yang penuh ‘onak dan duri’, dengan jayanya. Apa pun, ketegasan dan keazamannya, telah mengemudi stesen ini ke arah satu halatuju dan jalanan ke satu masa depan yang penuh kecemerlangan dan kejayaan.

LATAR BELAKANG
HUSA NETWORK SDN. BHD. Adalah syarikat pengendali RADIO PANTAI TIMUR FM yang mana ditubuhkan pada 20 jun 1998. Menggunakan frekuensi 88.1 mhz sebagai gelombang siaran pada awal,pada tahun 2003 ditukar kepada frekuensi 90.6 mhz. MANIS FM sebenarnya merupakan inpirasi Tan sri Dato’ Hj Hussein Ahmad yang juga merupakan pengerusi Eksekutif HUSA NETWORK merangkap bekas pengerusi lembaga kemajuan pertanian kemubu ( KADA ). HUSA NETWORK SDN. BHD.memulakan siaran pertama RADIO PANTAI TIMUR MANIS FM selaku radio swasta di pantai timur pada 1 januari 1999 sewaktu itu, masih lagi menyewa peralatan siaran radio dan beroperasi di permis perniagaan bertempat di jalan kebun sultan, kota bharu kelantan, manis fm turut menggunakan khidmat juruhebah kada secara sementara.


Setelah 5 tahun berlalu, manis fm mula mengembangkan sayapnya dengan mempengaruhi hampir sebilangan besar penduduk kelantan untuk memilih siarannya berbanding dengan siaran stesen radio lain waktu itu yang lebih praktikal dan formal. Kajian rambang dengan responden dari kalangan masyarakat awan pelbagai lingkungan dan latar usia rata- ratanya telah mula memilih siaran manis fm sebagai medium antara hiburan dan informasi dengan kelompok masyarakat.


Kini beroperasi di premis sendiri, beralamat di Wisma Manis, Lorong Imam, Jalan Lundang 15150, Kota Bharu Kelantan, manis fm juga telah mengalami peningkatan secara total dari segi pencapaian dan mutu siaran. Ia sudah mempunyai sistem pemancar sendiri setelah sekian lama menyewa peralatan adalah salah satu dari titik tolak kejayaan stesen radio ini. Dengan kini manis fm telah mengusai frekuensi siaran hingga ke seluruh terengganu dan negeri pahang selain sepenuhnya menakluki kelantan, visi dan misi HUSA NETWORK masih lagi di teruskan untuk mencapai target liputan ke seluruh pantai timur. Bergerak dengan satu konti utama dengan menggunakan 2 mini disk konti khas untuk siaran setiap negeri di pantai timur dan perancangan program- program terbitan yang lebih bersifat mesra masyarakat, serta penambahan waktu siaran dari 18 jam kepada 24 jam bermula 2003, manis fm semakin hampir ke destinasi sebagai pilihan utama rakyat pantai timur dewasa ini.

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger