Friday, September 11, 2009

BERITA SANA SINI...

Van rempuh kedai, peniaga rugi RM20,000

TUMPAT - Gara-gara van terbabas, seorang peniaga kerugian hampir RM20,000 apabila van tersebut merempuh kedainya menyebabkan bumbung hadapan roboh dan sebahagian barangan tempahan pelanggannya rosak teruk, dekat Kampung Kubang Batang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu juga, van jenis Isuzu yang terperosok teruk ke dalam kedainya turut merempuh pagar konkrit rumah seorang penduduk, Azhar Ismail, 52, dan kemudiannya tersekat di pagar konkrit tersebut menyebabkan sebahagian pagar rumah Azhar roboh.

Pemilik kedai besi terbabit, Nasir Mustafa, 31, berkata, kebanyakan barang dalam kedainya adalah tempahan pelanggan dan sebahagiannya sudah siap untuk dihantar tetapi disebabkan rempuhan van itu banyak juga barang pelanggannya seperti ‘sliding door’ rosak dan besi-besi lain ada yang patah.

“Zink juga banyak yang terbang, rosak dipijak tayar van tersebut dan besi-besi dalam kedainya berselerakan dan saya anggarkan kerugian hampir RM20,000,” katanya yang berniaga di sebelah rumah Azhar.

Menurutnya, ketika kejadian itu, dia sedang tidur di rumahnya di Kampung Banggol Petani.

"Saya tahu kejadian ini apabila seorang rakan menghubungi saya melalui telefon bimbit," katanya.

Sementara itu, Azhar yang masih terkejut dengan kejadian terbabit berkata, dia menyedari van tersebut terbabas merempuh kedai besi dan seterusnya pagar konkrit rumahnya apabila terdengar satu dentuman kuat.

“Ketika itu kami sekeluarga sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat dan saya memberanikan diri membuka tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

“Dalam keadaan samar-samar itu, saya terdengar orang meraung meminta tolong dan terus membuka lampu halaman rumah untuk mencari suara orang meminta tolong,” katanya.

Azhar berkata, setelah melihat orang di halaman rumah berkerumun dekat pagar rumahnya, dia terus turun ke tanah dan sempat melihat ada dua orang lelaki berlumuran darah dalam van tersebut.

Menurutnya, dia menelefon Rakan Cop dan ternampak sebuah kereta peronda melalui hadapan rumahnya dan mereka terus menelefon meminta bantuan ambulans.

“Bagaimana pun, kerana kedua-dua lelaki ini cedera agak serius. Mereka terus dibawa oleh kereta penduduk kampung ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, akibat rempuhan van tersebut, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM5,000 apabila sebahagian pagar konkrit-nya roboh.

No comments:

Post a Comment

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger