Tuesday, July 27, 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431HIJRAH 2010 MASIHI


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.



Saudara-saudari,



Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?



Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."



Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.



Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



Saudara-saudari,



Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.



Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Wasalam

No comments:

Post a Comment

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger