Wednesday, March 24, 2010

TOKOH DUNIA


Y.A.B. TUAN Guru Dato'Haji Nik Abdul AzizNik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini.Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama,di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008,Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu di berikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gegala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama 18 tahun.
Pada tahun 2009,beliau diletakan di antara 50 Tokoh Islam berpengaruh di dunia dan di senaraikan dalam buku berjudul "THE 500 Most Influential Muslim."
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka,Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.Hasil perkosian hidup dengan isterinya,iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak,beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak.Pada hampir setiap masa,beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang di upah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar,beliau adalah seorang guru agama yang aktif.Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah,sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran "Tuan Guru" dikalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat.Pada hampir setiap pagi,beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja sahaja dari rumahnya.
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967,kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut.Semenjak tahu 1990,beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka,Kelantan.Pada pilihan raya ke 11,Nik Abdul Aziz menyandang kerusi tersebut serelah mengalahkan Rhani Mamat (BN)dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
Pada pilihan Raya Umum Malaysia kali ke 12,beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd ZAin Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.Secara peraturannya,Nik Abdul Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari pernamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang percalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4249
Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.
Penggantinya itu akan di pilih melalui satu proses undian sulit.Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih,beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik pas sejak 42 tahun lalu...

No comments:

Post a Comment

salam

;

RADIO

Hero Manis FM...

Hero Manis FM...
hero ke?

Mari Kecek Ngan DJ Wan PCJ


Isnin sampai Sabtu 7-12 TengahMalam

contact kawe...


http://natasyha.blogspot.com
http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj
http://profiles.friendster.com/djwanpcj
djwanpcj@yahoo.com

djwanpcjmanisfm.blogspot.com

09-7666999 (Konti)

...IKLAN...
INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ANDA..MODAL HANYA RM50. DUDUK RUMAH PUN DAPAT DUIT,KAMI HANYA MEMBANTU SESAMA INSAN,PINTU REZEKI ADA DI MANA-MANA,ASALKAN NAWAITU KITA BAIK, UNTUK KETERANGAN LANJUT... KLIK http://www.perigiduit.com/?ref=wanpcj

jom ...chat dengan kawe.


ShoutMix chat widget

persembahan lagu rayo...

persembahan lagu rayo...

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

baju hitam tu...sapo lagi..ni lah dj ira. hok baju merah tu..krew sinar harian..

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayub dan anaknya..bakal pemimpin 1 hari nanti....

ayie kumpulan scarface

ayie kumpulan scarface

inilah dj wok yoh

inilah dj wok yoh

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT

PERJUMPAAN HARI RAYA RAKAN CHAT
AYUB DAN ANAK DIO..KAWE ANOK HOK BINI KAWE BERANOK..

sain sobat

Followers

Kami blogger